Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Inilah blog saya yang pertama yang saya catatkan. Saya ingin berkongsi cerita dan pengalaman dengan anda semua. Apakah anda ingin Tahu? apakah maksud yang tersurat dan tersirat di dalam Kewangan Anda Hanya Di Hujung Jari!! Inilah dia tip-tip bagaimana anda ingin mulakan dalam perniagaan di Internet.Tidak perlu modal yang besar, tidak memerlukan masa yang lama,tidak perlu mengeluar kos-kos yang tinggi dan banyak lagi yang tidak-tidak untuk anda fikirkan. Apa yang saya nak, anda hanya lakukan baca dan terus baca di ruangan ini dan terus membuat duplikasi. itu saje. senangkan?
Sebelum itu, saya ingin bercerita pengalaman saya yang terlalu banyak asam garam dalam berkerja makan gaji dan meniaga. Sehinggalah saya hilang segala-segalanya kecuali kesihatan yang sihat dan keluarga yang tersayang. Saya baru sahaja dalam 3 minggu lepas hilang perniagaan pernah saya saya usahakan selama setahun. Zaman sekarang susah nak dapat kerja, betul tak? Dalam 2 minggu tu saya blurr dan no idea apa yang harus hendak saya lakukan untuk survive diri sendiri dan keluarga. Asyik berdoa dan terus berdoa dan lepas tu buat tahi mata. Hinggalah suatu hari, sedang saya asyik dok searh internet anak saya yang bongsu bertanya pada saya "Kenapa ayah tak kerja?Nanti ayah tak de duit cammana kita nak makan. nanti macamana ibu nak beli lauk? Saya sungguh tergamam sambil merenung wajah anak lelaki saya,pada hemat saya tidak terfikir anak saya akan bertanya soalan sebegitu rupa. Betul apa yang dia katakan,pening jugak kepala nak jawab. Memang betul dulu saya pernah senang dan pernah susah. Mungkin anak saya terfikir masa dulu kami pernah hidup susah,sebab dia nak beli gula macam kawan dia pun tak boleh sebab masa tu saya pun dalam ciput-ciput( tak de duit ler).
Dari situlah, saya bangkitkan semula semangat berjuang dalam diri sendiri (power of spirit) dari tidur yang lena atau mimpi yang indah. "Tanpa usaha tiadalah impian, dengan usaha dan ilmu itulah kejayaan" insyaallah, itulah prisip saya, Segala kegagalan bukanlah titik hitam untuk gagal segala-galanya, ia adalah titik terang untuk mula terus berjuang untuk mencapai impian".
Saya terus mencari ilmu perniagaan yang mudah tapi saya tak pernah buat. Nak tak tahu bisnis apa? Nak tahu apa IMPIAN BESAR saya? saya teringat dulu kawan saya pernah mengajak saya buat blog dan website sendiri dan dapat duit secara pay-perclick. Bisnes ni memang bagus tapi masa tu saya terlalu sibuk mengurus bisnes saya dan income pun alhamdullillah. Sekarang baru saya sibuk nak belajar buat apabila pulus dah hampir kering. Saya mula membaca buku-buku dan blog-blog jutawan internet di Malaysia seperti Dr. Irfan Khairi yang masih muda lagi. Saya suka cara dia memberi penjelasan yang friendly walaupun saya masih tidak kenal dia. Saya terus mula membuat kertas kerja saya dan membuat kaji selidik, bisnes ini memang mudah sikit dan boleh bersantai di rumah ajer tapi kena belajar dan worksmart. Suatu hari nanti saya pasti akan berjumpa dengan Dr Irfan dan juga jutawan-jutawan yang ter berjaya seperti Azizi Ali pakar pelaburan yang bijak. Mana lah tahu suatu hari nanti saya dan anda juga boleh berjumpa Bill Gates, Tidak Mustahilkan? dan Tidak Mustahil saya dan anda pasti akan boleh menjadi jutawan seperti mereka. Marilah kita sama-sama menuju kejayaan dan mengejar impian yang sama. Buangkan fikiran yang negatif ambil yang positif. P.Ramlee ada buat lirik lagu Buang yang keruh ambil yang jernih.
Insyaallah, next blog saya akan ceritakan tip-tips di hujung jari anda dan berkongsi dan memberi maklumat terkini ilmu-ilmu jutawan-jutawan masa kini. Sekian dan jumpa lagi.
p/s : Apa pendapat anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
Alhamdulillah. Juka ada kerajinan dan iltizam disusuli dengan doa dan amalan fardhu, impian anda seharunya terlaksana.
Namun, lebih elok lagi sekiranya blog anda berbahasa Inggeris sebab kebanyakan tajaan iklan lebih suka kepada bahasa Mat Salleh.
terimakasih... atas idea anda juga. komen anda tu akan saya laksana tak lama lagi.andalah sahabat saya. sama-samalah kita meniti kejayaan di rumah dan menjadi jutawan
Post a Comment