Assalamualaikum dam salam Sejahtera...
Alhamdullillah, hari ini saya dapat satu komen yang membina dari seorang sahabat saya melalui blog semalam. Komen dia dalam blog saya, saya telah menggunakan bahasa Malaysia bukan bahasa English. Ini tidak akan menarik minat pengiklan google yang rata-rata menggunakan bahasa orang putih(english). Sebenarnya saya lebih senang menggunakan bahasa Malaysia.
Ketika ini, saya bermotivasi diri sendiri apa akan terjadi sekiranya saya tidak mengguna bahasa english. Anda INGIN tahu? ini adalah satu tip" Kewangan Anda Di Hujung Jari" yang anda perlu faham dan ikut. Ini juga mengikut pada kemampuan anda dari masa ke semasa.
Bagaimanakah caranya untuk bersaing dan mendapat daya saingan yang hebat dalam perniagaan?
Caranya adalah dengan menjadi mahir dalam berbagai bahasa. Apa yang kita tahu di Malaysia berbagai kaum dan berbagai kaum. Jadi kita tidak ada masaalah untuk menulis dan bercakap dalam bahasa Malaysia, English, mandarin atau chiness language dan bahasa india. Lagi banyak kita tahu bahasa luar negara lagi bagus.
Kemahiran berbahasa boleh memajukan sesuatu perniagaan. Sekurang-kurangnya, bahasa Malaysia dan English, kita perlu mahir (broken, tak aci ok… nanti akan dilihat kurang profesional). Bagi mereka yang boleh berbahasa Cina atau Arab, ia merupakan kelebihan dalam perniagaan.
Sekiranya perniagaan anda menggunakan pengantara bahasa Malaysia, fikirkan juga demografi di luar Malaysia yang turut menggunakan & memahami Bahasa Malaysia. Ini termasuk: Indonesia, Singapura & Brunei.
Ini adalah peluang untuk anda menembusi pasaran antarabangsa dengan lebih mudah- think big! tidak kiralah sesiapa anda. Kita mesti berani mencuba dan yakin kita boleh lakukan.
Tip hari ini, sekiranya perniagaan anda berbahasa Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei juga mempunyai pasaran yang luas!
Carilah dan belajarlah sehingga negara China, ilmu di dunia ini luas seperti seluas setitik lautan.Bangunlah wahai sahabat-sahabat dari mimpi yang indah dan sentiasa duduk dalam keselesaan kehidupan. Kejarlah IMPIAN BESAR anda. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke lengan. Berdoalah Selalu. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih dan jumpa lagi di ruangan akan datang.
ps: Saya cuma mahir bahasa malaysia jer, English boleh la sikit-sikit, bunyi macam loghat british jer.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment